Friday, 5 February 2016

#followmeto Cambodia + Vietnam , 6D5N PART 1

Hai pembaca blog ku yang sendu hehehe.

Okay lah since nama blog pon pasai travel jadi kali ni aku nak share cerita aku pergi travel secara bajet ciput ke Cambodia dan Vietnam last August 2015.  Bahasa mudah dia orang panggil backpackers style lahh. Dah lama aku pergi tapi harini baru nak menulis. Yela blog aku pon baru buat tahun ni. Sebenarnya aku memang ada blog sebelum ni tapi dah lupa password dan penulisan aku pon agak BBNU (budak budak baru nak up) so aku decide buat blog baru yang lebih segar dan matang hahahaha. 

Kak Jumie pon pernah cakap kat aku " wehh hang ni suka travel apa kata hang tulis blog, baguih laaa kalau hang share pengalaman etc'' . lebih kurang macam tu la dia kata. 

Sayang sekali aku selalu tak dak masa nak menulis, bila ada masa nak menulis idea pulak tak dak lepastu jadi malas. So arini aku free lepas tengok drama seketui dua aku jadi terlebih rajin nak menulis.

Haa berbalik pada cerita travel aku ni, pasai apa aku pilih Cambodia? Well, semua orang tau bila sebut cambodia dalam kepala dok terbayang ANGKOR WATT, yesss! sebab Angkor Watt la aku nak pi sesangat. Aku memang dok rancang nak pi dah siap ajak ramai kawan untuk jadi travel partner aku tapi nokrohom sorang memandang rendah tamau pi .  

Akhirnya aku dapat text message dari Tyna the tuna. Dia bagitau harga tiket flight murahhhhhhhh. tapi masa tu aku keluar so tak dapat nak check tiket dan concentrate sangat lah dengan apa dia habaq, so aku KIV dulu. Balik tu baru aku beli tiket return yang berharga lebih kurang RM230. Tyna dia dapat harga jauuuuuuuuuuh lebih murah. K kat dia -____-

So ini adalah trip pertama aku pergi without travel agent or arrangement from third parties. Agak eksaited tapi dalam masa yang sama nervous sebab first time kan pergi dengan kawan perempuan berdua pulak tu, bukan dengan family. Susah weyyy nak dapat perlepasan dari bapak aku, mak aku terbalik pulak dia relaks je. Tapi once dah dapat tu siap bagi duit allowance lagi hewhew . Pastu untuk trip seterusnya lagi senang lah nak pergi. 



HARI PERTAMA : 

Airport Siem Reap ni baru renovate or tengah renovate so cantik jugak . keluasan lebih kurang besaq airport langkawi dan BERSIH ! 


masa ni naik tuk tuk nak ke hotel.  tengah bebel tapi tyna amik gambaq tak habaq. K


REALITI. Yes mcm ni lah keadaan sebenar siem reap. Lebih kurang mcm pi selatan Thailand tapi teruk lagi debu debu dia tu. Pengangkutan utama Tuk Tuk.



Pre Rup, sunset

Haa, akak berjaya la hiking ke salah satu temple di sana, temple ni terletak di atas bukit. Memang cantik sangat tengok view dari atas. Selain hiking boleh jugak naik gajah. tapi sayanggggggg aku tak panjat atas temple tu pon. Cukuplah aku hiking 1 jam. hahaha sebab nokhorommmm ramai orang dok beratur nak panjat temple ni pulak. Sebab ada limit 100 orang  sekali masuk kot kalau tak silap aku untuk berada atas temple tu. Aku pon pi laa explore belakang temple tu , dan jumpa la tempat ni. panjat sikit taraaaaaaa dapat la bergambar dengan mr lion.

 oh ya pakaian  kena sopan ya kalau tak hang tak boleh masuk. sebab ada tourist tu dihalang naik .no skirt no heels. tapi ada jugak orang hiking pakai heels. GILA


Pass masuk
Ni pass masuk, siap ada gambaq kita. tak rugi la hang bayaq $20 . hahaha ni pass sehari, dia ada pass 2 hari pass utk seminggu pon ada. GILA nak pi buat apa seminggu. rupanya baru aku paham pasaipa ada orang sanggup beli pass seminggu. sebab kat dalam tu bukan ada satu dua temple ja deknon. banyaaaaaak lagi. ada lebih kurang 12 temple. So pastikan hang bebetul FIT kalau tak jadi mcm aku. hahahahaha 



HARI KEDUA :)

Angkor Watt, sunrise.
 Esok pagi kami dah bergerak ke Angkor Watt seawal jam 4 pagi nak tengok sunrise katanya. bayar duit tuktuk untuk cover semua perjalanan seluas 400 kilometer persegi . yaa besaq deknon baru aku tau pasai apa ada orang sanggup beli pass masuk seminggu tu. buktinya kawan jepun aku kat USM si Takahiro dia beli. -___-


Bayon Temple

Library di Bayon Temple, 
kalau tengok dalam gambar ni, tangga sangat curam dan kecik besar tapak tangan aku je. Aku dan Tyna kena paksa panjat dengan local tourist guide .lepas tu dia suruh kami bayar tips. sebab kedekut dan rasa tertipu sebab atas tu ta dak apa yg menarik kami tak bayar. hahahaha !  panjat tu senang tapi nak turun tu seksa mau patah riuk tulang kalau tersilap langkah.

Ta Phrohm. apa yg special? Pi tengok Tomb Raider hehehe. 

 Sepatutnya kalau beli pass sehari tu lebih kurang pukul 2 petang kau akan habis discover semua temple. tu pon paling cepat la kata guider kami merangkap driver tuk tuk. haa kami pukul 9.30 pagi dah setel, balik hotel tidur. sebab kami bukan la adventure sangat. Kami dua sepakat ckp alaa sama je semua temple (padahal setiap temple berbeza seni bina dan ada kunikkan nya tersendiri) sebab kami dah penat dan tak cukup tidur. Guider kami dok insist suruh kami pi explore sebab katanya kami dah bayar mahal. tak pa lah next time aku mai lagi buat photoshoot wedding kat sini ka, sebab aku terjumpa satu couple buat photoshoot cantik wei.

Old market.
Tak dak apa sangat kat sini, baca review orang kata boleh beli souvenir murah. Tapi aku rasa sama ja, pendek kata hang kena pandai bargain. TIPS jangan beli dekat area Angkor Watt tu semua sebab kau rasa kesian dekat bebudak tu. Sekali kau beli berkerumun budak-budak lain datang siap tarik-tarik kau lagi. Aku kena dah wehh. tsk tsk

So kau boleh beli souvenir dekat area pubstreet dan old market ni.



wei amenda ni?? 

kitorang sewa basikal ronda-ronda habiskan masa nak tunggu malam. sebab nak gerak ke Ho Chi Minh.
Sewa basikal ni kau kena rajin la survey sikit, dan bargain. Mostly aku tengok harga $2 ke $3. Dekat kedai ni je aku dapat harga $1 tapi maaf aku dah tak ingat kedai mana, tapi area pubstreet dan tersorok sikit. Kena bagi deposit passport. Tapi kami tinggal lesen sebab rasa insekeyo tinggal passport. Lesen pon dah mati dorang tak perasan pon LOL .



Hari- hari kami makan ikan siakap. Sebab murah wei . $8 jaa, bahagi dua baru 4 bugs. well convert duit MYR baru MYR8.
 Jangan risau pasal makanan halal, ada dua restoran halal. aku dah try dua dua so far okay ja. Nama restauran Muslim Kitchen Family restaurant. Satu lagi kedai depan restoran tu je. so berdekatan antara satu sama lain. Kami tumpang solat dekat restoran tu. Cantik, selesa dan bersih.


tengah kayuh basikal hujan woi. so kami redah hujan pergi cafe hipstur makan pizza dan tidur. sebab konsep cafe ni ada KATIL buaian.
Dekat sini kami berkenalan dengan waiter, budak ni cerita lah kesusahan hidup dia. Nak belajar tapi kena kerja sara hidup family. Dia cerita hobi dia menari siap tunjuk kat kami lagi macam mana dia menari walaupun aku nak gelak tapi aku tahan jelaa. Dia kata kami beruntung sebab dapat sambung belajar. Insaf sekajap kami. Sat jalaa, lepas tu sambung balik perangai shythooooonnn.


biasa kitorang jadi kauner pertanyaan tak kira pi mana pun. sebab buddies ni muka cop kaunter pertanyaan. so  jumpa degan japanese ni solo traveller katanya.

Sementara tunggu bus nak ke HCM aku bersiar-siar dekat pubstreet, makan, beli souvenir dan sebagainya.  

Okay tak banyak yang aku tulis, memori aku pon dah makin menngecik. Tak ingat dah nama tempat apa semua.  Ni baru habis part 1. Nanti aku tulis Part 2 iaitu Ho Chi Minh pulak.  Tak dak dalam rancangan pon mula-mula tu nak ke HCM tp aku la bagi cadangan kat tyna why not pergi HCM since kita ada 6 hari kot. nak buat apa sangat kat sini boring tak dak apa dah nak explore hahahaha. so kami ada la propose beberapa itinerary sama ada nak pergi Phnom Penh or Ho Chi Minh. dan kami memilih HCM. 

Perbelanjaan hari pertama : 

Tuk-tuk ($15)+ Makan ($5.25)+ Souvenir ($3)+Tiket angkor Watt ($20)+ Tiket Bus ke HCM ($28) + Hotel (RM16) = $71.25 (MYR 280)

Perbelanjaan hari kedua :

Tuk-tuk($0.8)+ Makan($10.25)+ Sewa basikal ($1)+ Spa Kaki ($1)+Souvenir($9) = $22.5 (MYR89)

TIPS : 

1. Di sini matawang yang diguna USD. Agak sakit sikit lah sebab sekarang ni duit kita nilai kecik . Tapi time aku pergi ni tak sampai MYR 4 lagi utk USD 1. Tu pon nyawa-nyawa ikan. Selalu baki duit kecik dia akan guna matawang Riels. USD 1= Riels 2000 


2. Seeloknya kau deals siap-siap dengan driver tuktuk untuk ke mana-mana sahaja, pandai-pandailah mintak diskaun dan cari driver yang murah. Jangan terima bulat-bulat harga dorang bagi. Kami pilih driver yang berbeza untuk semua trip kami. Kalau pergi group yang besar jimat sikit sebab boleh share.

3. Sentiasa bawa air mineral yang dibeli di kedai sebab lebih bersih. Sumber air kat sini tak elok sangat. Air paip dia bau sikit. Nanti kau rasa dahaga gila masa jelajah angkor tu.

4. Kena try milkshake! sedap kot , tapi pilih la tempat yang bersih sikit yaa. 

5. Coffee cambodia a must try, rasa berbeza dari Vietnam. Kalau coffee lover mcm aku ni aku suka vietnam lagi lah. heheh

6. pilih hotel dekat area pubstreet kalau nak hiburan malam-malam. Hotel area airport mostly hotel mahal dan cantik tapi jauh dari tempat tumpuan pelancong. Aku duduk guest house je.

7. Jangan risau pasal komunikasi, dorang semua boleh berbahasa inggeris dengan baik.  

8. Pakai lah kasut bertutup dan selesa sebab berdebu. Kalau boleh pakai topeng muka.

9. Kalau nak beli souvenir mcm baju ka, kain pashmina ka barang-barang makcik ni beli dekat Old Market dan satu lagi dekat dlm kawasan Pubstreet aku tak ingat nama apa. kalau nak beli keychain ka, poskad ka fridge magnet ka along the side pubstreet tu ada jual murah-murah ( tepi simpang nak ke hard rock) . Kedai tepi jalan je.

10. Dorang ni suka menipu, so kau pon kena la menipu balik . Nak hidup kan? ahhahaha


Kalau nak full budget dan itinerary boleh email dekat aku , melovina91@gmail.com

Aku sudi je nak share sebab aku pon selalu mintak dekat traveller yang lain untuk rujukan. Maaf aku mungkin tak pandai mengarang dan tak banyak input kau dapat. 

Okay jumpa lagi next entry. 

Salam Sayang Satu Malaysia.

Saturday, 9 January 2016

Air sirap dan kenduri arwah.

Yeayyyy best friend kahwin lagi. Geng ronda-ronda raya dah kahwin.





Tahniah Hakim, kawan dari sekolah menengah, antara yang rapat sebab family memasing pon kenal dah. Mak aku toksah cerita dia pulak eksaited Hakim kahwin, lebih dari anak dia pulak kahwin hahaha ! Tapi sebelum cerita kenduri kahwin ni, ada cerita kelakar yang aku nak kongsikan.


Cerita dia macam ni, ahh aku bagi plot la dulu bagi suspen sikit kan? Eh macam malas pulak, okay okay teruskan jelaa. Ala awak jangan la marahkan saya pulak.

Sebenarnya kenduri si Hakim ni tak buat dekat rumah dia , tapi buat dekat kampung kakak dia which is kami semua tak pernah jejak kaki pon. Aku pernah la pergi rumah kakak-kakak dia yang lain tp yang kat sini tak pernah pi pon. Nak dijadikan cerita, ada DUA KENDURI.

Semua dah yakin, oh yang ni lah rumah pengantin. Dah siap park kereta dan turun pergi ke khemah, terdetik pulak kat hati aku ,

"kenapa mcm gloomy semacam je, dah la tak nampak sapa sorang pon yg aku kenal,"

Okay, aku pon call la si Hakim ni, tp yelaa dah nama pon pengantin haruslah busy kan tak jawab telefon. Call si Fauzi pulak pon tak angkat. Pasrah aku pi laaa tanya orang dekat situ yg tengah makan.

" akak, ni kenduri rumah Hakim ke?"

" eh akak pon tak pasti rumah sapa, akak mai makan je,"

K

Datang la seorang pakcik ni tanya aku , sebab nampak kami blur blur kan. Nak tahu apa jawapan pakcik tu?

"Adik, ni kenduri arwah dik'"

Tersembur terus kawan aku yg tengah minum ayaq sirap . Tu laa aku dah kata tunggu dulu ni tak dibantainya ayaq sirap. HAHAHAHAHAHAHAHAH


Semua kawan aku lari tinggal aku dengan pakcik tu, tak guna betul. Tapi baik la family pakcik tu siap offer aku makan ayam masak merah and lauk kurma. Sedap pulak aku tengok. Nasib baik kawan aku tak bawak turun hadiah. Kalau tak mesti pelik kan, datang kenduri arwah bawak hadiah.

Okay tamat kisah air sirap di kenduri arwah.

Thursday, 7 January 2016

House Warming, Holla !

Hollaaaaa, 


Ini merupakan blog baru jadi haruslah ada house warming kan sebelum masuk rumah baru. hehehe Mari kita mulakan dengan sesi perkenalan dengan Cik Penulis. Nama saya Atiqah, seorang graduan di universiti awam di Malaysia dan sedang mencari pekerjaaan secara aktif. Cik Penulis juga merupakan seorang traveller dan suka membaca buku puisi. Oleh sebab itu Cik Penulis berangan- angan menulis buku novel sendiri namun terkubur begitu sahaja hahahahaha. 

Tidak mengapa, ada blog kan? tulis sahaja disini. 

Blog ini akan menceritakan pengalaman cik penulis mengembara secara backpacker dan cerita-cerita mengarut yang sesuai untuk tontonan umum. So cheers!

p.s abaikan segala kesalahan tatabahasa, grammar, huruf kecik huruf besar . 

Enjoy reading !